Friday 19 August 2011

Puasa & Hamil boleh Seiring (^^,)

Assalamualaikum kpd semua ibu2 mengandung yg singgah ke blog wawa nih, macam mana puasa kali nih?? ok tak ke tak ok??

                   Mesti ibu-ibu semua ada yg tertanya-tanya "eee boleh ke aku berpuasa nih?? mcm ne dgn baby nih?? nk puasa ke tak??"

Haaaa.. ni wa nk kongsi sedikit ilmu dgn ibu-ibu hamil yg baca blog wawa nih yg wawa dapat dari majalah Pa&Ma keluaran Ogos 2011..


                 Jommmmm layannnn...




Secara amnya, amalan berpuasa ketika hamil adalah selamat. Walaubagaimanapun, sebelum melaksanakan ibadah ini, bincanglah terlebih dahulu dgn doktor kerana doktor lebih mengetahui tahap kesihatan ibu dan bayi dlm kandungan.

Doktor biasanya tidak menggalakkan ibu hamil untuk berpuasa pada 12minggu pertama dan trimester ketiga, namum jika ibu-ibu hamil dalam bulan ke-4 hingga ke-6, dibenarkan berpuasa dgn syarat kesihatan tubuh dan mental berada ditahap yg memuaskan.
Untuk mengetahui samaada ibu-ibu boleh berpuasa @ tidak, ia turut bergantung kepada tahap nutrien dalam badan. Hal ini tidak boleh dipandang remeh, ini kerana nutrien penting dlm tubuh kerana ibu-ibu perlu menyediakan bekalan nutrien secukupnya untuk bayi dlm kandungan.

Jika ibu-ibu kekurangan nutrien, ini boleh menyebabkan tumbesaran bayi mengalami masalah.Semua bekalan nutrien yg ada didalm tubuh akan diambil sepenuhnya oleh janin untuk membesar. Kekurangan makanan berzat biarpun sedikit akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi (normally doktor2 akan kasi vitamin (obimin) untuk ibu hamil, so makan ikut waktu, jgn skip mkn vitamin tu ok).
Semasa di awal kehamilan, ibu-ibu mungkin kerap mengalami mual, pening dan muntah, sebaiknya segeralah berbuka puasa jgn diteruskan (tolong jgn paksa diri ok,, sayangi anak yg dikandung tu) bayi amat memerlukan nutrien dari plasenta ibu.

Jangan jadikan alasan untuk makan berlebihan, org-org tua kata "melantak habis-habisan" ketika berbuka puasa. Bukan apa, nnt bila dah kekenyangan susah pulak nanti nk solat maghrib, isyak dan terawikh..Elakkan pengambilan karbohidrat dan gula, kerana ia hanya menambah kalori. Makanlah sayur-sayuran dan bnykkan minum air masak. 
*Minum air sepanjang malam selepas berbuka puasa. Jika ibu-ibu kerap kencing, itu petanda baik tau sebb ianya menunjukkan bahawa ibu-ibu tidak mengalama dehidrasi. Digalakkan juga minum segelas susu setiap kali bersahur*

Semasa berbuka puasa, ibu-ibu dinasihatkan untuk makan dlm kuantiti yg kecil untuk mengelakkan ketidakselesaan nnt. berbuka lah dgn kurma itu sudah pun memadai. Selepas beberapa jam, barulah ibu-ibu boleh menikmati hidangan yg lebih berat tapi tolong pastikan makanan itu seimbang dan berkhasiat ok.. jgn pakai lantak jer.. huhuh.. Macam itu jugak masa bersahur nnt amalkan pemakanan seimbang dan rendah lemak.




nnt wawa nk share dgn ibu-ibu semua petanda-petanda harus berbuka puasa... 
                                                         -n-

No comments:

Post a Comment