Sunday 24 July 2011

Tips Mengelakkan Rasa Pening Semasa Hamil

arghhhhhh sakit nyer kepala nih... peningnyerrrrrr..


hihih itu lah perkataan2 yg kita boleh dengar bagi ibu2 yg mengandung,, kesian mereka kan.. tp itu semua normal (^_^)


mengapa pening kepala semasa hamil???
-> semasa trimester pertama, sistem peredaran darah disekeliling badan anda bergerak dgn cepat dan memberikan bekalan darah untuk keperluan bayi anda. Ini bermakna, aliran darah akan mula bekerja lebih masa dan pada trimester kedua, tekanan pada saluran darah akan menjadikan anda pening kepala dan tidak sihat.

kat sini wa nk share dgn mummies semua mcm mana nk elakkan rasa pening ketika hamil, tips nih wawa dapat dari majalah Mami Baby keluaran june 2011.


-> apabila uterus semakin membesar, keseimbangan anda akan semakin berkurangan. Oleh itu, lakukan sesuatu dengan perlahan-lahan supaya anda tidak terjatuh.


  • jangan bangun daripada katil @ kerusi dengan tergesa-gesa.
  • jangan mandi dengan menggunakan air yg terlalu panas
  •  jika anda perlu berdiri pada tempoh yang lama, gerakkan otot paha dan betis supaya peredaran darah dapat berjalan lancar.
  • cuba menghidu bau yang kuat seperti minyak mentol
  • jangan membiarkan diri anda terlalu lapar kerana tahap gula anda akan menurun
  • dapatkan ujian tekanan darah daripada doktor anda
  • minum air untuk kekal hidrat.

 

No comments:

Post a Comment