Saturday 20 August 2011

(^.^) Petanda Harus Berbuka Puasa (^.^)

Assalamualaikum ibu-ibu semua, sihat ke tu?? amacam puasa td ok?? ada pening-pening tak? mata berpinar ke??
klu ada itu kene segera buka puasa tu, jgn dilengah2kan ok..
Macam biasa "sharing is caring", wawa nk share dgn ibu-ibu semua petanda-petanda harus berbuka puasa yg wawa dapat dari majalah Pa&Ma Keluaran Ogos 2011.


1.   MUNTAH => Jika ibu-ibu hamil muntah lebih dari 4x sehari, segeralah berbuka bagi mengelakkan dehidrasi. Kalau ibu-ibu berkeras jugak tubuh akan mengambil tenaga daripada lemak tubuh. Hal ini akan menyebabkan darah ibu-ibu hamil berASID. Selanjutnya organ-organ tubuh spt buah pinggang boleh mengalami kerosakan dan bayi akan kekurangan nutrien




2.    CIRIT-BIRIT => Sebaiknyer segeralah berbuka puasa bagi mengelakkan dehidrasi dan jika berlanjutan segeralah berjumpa doktor.


3.   HIDUNG BERDARAH => Jika mengalami masalah ini segeralah berbuka puasa kerana dikhuatiri ada masalah lain pula. Hidung berdarah mungkin merupakan tanda tekanan pada otak meningkat kerana keadaan tubuh yg kurang stabil.


4.   HIPOGLIKEMIA => Apabila puasa dipertahankan, bimbang nnt janin akan kekuranagan zat makanan yg bakal mempengaruhi pertumbuhannya.


5. PENING => Selalunya masalah begini disertai dgn mual @ muntah. Segeralah berbuka puasa dgn air panas yg manis kemudian mkn nasi secukupnyer sebelum mengambil ubat yg dibenarkan doktor.


6. PELUH BERLEBIHAN => Adalah wajar jika ibu-ibu berpeluh ketika hamil. Namun peluh berlebihan, terutamanya peluh dingin merupakan tanda bahawa tubuh tidak lagi mampu untuk meneruskan puasa. Jadi lekas-lekaslah berbuka puasa.


7. MATA BERPINAR => Petanda ini muncul akibat kadar gula dalam darah yg rendah. Jika mengalaminya ibu-ibu semua seharusnya berbuka puasa dengan meneguk air panas yang manis dan segeralah berehat.






Pesanan untuk ibu-ibu, tolongla jaga kesihatan diri sendir dan bayi. Jangan pentingkan diri sendiri, ini kerana ISLAM itu MUDAH.

No comments:

Post a Comment