Tuesday 28 June 2011

Ujian Kehamilan

hai, sini wawa nk share lagi buat ibu2 hamil diluar sana. macam biasa la kan,
tips yg wawa nk share nih dari buku Diari Hamil yg kaler pink tu..




macam mana kita nk lakukan ujian kehamilan di rumah???

kepada wanita yg menggunakan alat ujian kehamilan dirumah, ikut tips2 nih...
  1. Lihat tarikh semasa anda melakukan ujian kehamilan
  2. Jangan menyimpan alat ujian kehamilan ditempat yg lembap @ panas (contoh nyer di bilik mandi)
  3. Perhatikan kaedah dan cara penggunaan yg tertulis (baca sampai phm, klu tak phm jugak baca la sampailah phm... baca bismillah dulu ok)
  4. Ujian ini paling baik dilakukan dengan menggunakan urin @ air kencing pertama pada pagi hari ( set jam kol 4am, then kencing.. itu lah air kencing pertama dipagi hari)
  5. akhir sekali.... baca keputusan dlm msa 5-10minit ( tp lepas je kencing tu titiskan air kencing pada alat ujian kehamilan tu dlm 3titis, tunggu la dlm 3minit mcm tu .. tgk!! kuar single line @ double line??? klu double line makna nyerrrrr ada lahhhhhh ANDA HAMILLLLL (^_^)



* untuk meng'confirm'kan lagi... pergila jumpa doktor untuk mengetahui usia kandungan anda.. dan akhir sekali.. jaga kandungan elok2 ok *

Tuesday 21 June 2011

Saya mengandung ke???!!!

Assalamualaikum buat ibu2 yg hamil,, buat wanita2 yg baru mendirikan rumah tangga pasti inginkan zuriat secepat mungkin kan.. betul kan.. hihihi.. its normal (bak kata Dr Fatimah yg merawat wa di klinik An-Nur) hahah... :D

Kat sini wawa nk share dgn korang2 semua khas untuk ibu2 yg comel mengandung tu mengenai tip-tip kehamilan.. Tips nih wawa dpt dari Panduan Lengkap Kehamilan Diari Hamil Menanti Detik Keindahan Bersamamu keluaran Telaga Biru. Buku nih mmg bagus untuk ibu2 yg hamil anak pertama,  tp tak semestinya anak pertama jer,, anak kedua, ketiga, keempat dan keberapa2 je lah. hahah..

Okies, jom kita kongsi :D


Antara Perubahan Yang Boleh Kita Perhatikan
  • Haid tak dtg walaupun sepatutnyer dah datang???  ----> Jika kita hamil, mmg haid takkan dtg, ini sebab dinding rahim sedang dipersiapkan utk proses kehamilan. Amat penting untuk mengetahui hari pertama haid kita yg terakhir ini adalah kerana untuk menentukan usia kandungan dan perkiraan tarikh bersalin. (so rajin2 kan lah yerrr, tick kat kalender tu bila 1st day period)     
*tp kan klu tak datang haid pun mungkin disebabkan perkara lain juga, oleh itu cepat2 gi jumpa doktor untuk pengesahan*

  • Tetiba jer rasa nk muntah dan mual-mual??? ---> uwekkk... uwekkk (terus berlari ke toilet). haaaa mesti terdetik dlm hati "aku mengandung ke nih" hihii.. Normal la tu, klu pregnant muntah2 di awal pagi, ini kerana berlaku perubahan hormon dalam badan. Selalunyer "morning sickness" ni terjadi pada waktu pagi @ pada awal2 bulan pertama kehamilan.

  • Kerap rasa nk buang air kecil ??? ---> hohoho waktu nih kita kadang rasa rimas sikit sebab kerap sgt nk rasa kencing. kadang2 tu baru jer kuar dr toilet dah kene gi toilet semula gara-gara tak tahan rasa nk terkucil.. hihi.. ini kerana pundi kencing ditekan oleh rahim yg semakin membesar dan kebiasaannya akan berterusan sepanjang tempoh kehamilan. Tetapi selepas minggu ke-12, ia akan menjadi sedikit berkurang dan akan dtg kembali pada minggu ke-28 kehamilan.
* tips dari wa, adalah digalakkan untuk para ibu memakai panty liner, untuk mengurang rasa gatal @ berbau pada alat kelamin. Tukar panty liner tu 2 kali dlm sehari.. ingat tau KEBERSIHAN DiuTamaKAn (^_^)


  • Mengidam ---> perkara biasa nih untuk ibu-ibu mengandung, berlakunyer perubahan hormon dlm tubuh ibu menyebabkan si ibu menginginkan makanan-makanan tertentu ( tp awas yer pada2 lahh mengidam tu jgn sampai menyusah suami pulak yerrr.. jgn nk manja lebih2 nnt anak dlm perut tu terikut2 manja nyer nnt.. hihihi, pesan org2 tua)

>>> perasan @ tak akan berlakunyer perubahan saiz payudara secara drastik, puting membesar, berwarna lebih gelap dan kadangkala terasa gatal payudara dan sakit,,its normal :D <<<



walaupun kita sama2 wanita tapi tak semestinya kita nih sama,,, setiap wanita mempunyai gejala @ tanda2 kehamilan yg berbeza. Ada yg membebankan dan ada jugak yg tak memenatkan langsung. itu semua keje ALLAH TAALA. DIA yg menentukan semua nye, apa2 pun kita kene sentiasa bersyukur supaya sentiasa diberkati ALLAH TAALA.. jaga baby elok2




ok yer,, Assalamualaikum